Saturday, May 28, 2011

Tak Berapa Laras

Dalam laras menyelaras ini...ada yang tak laras dan ada yang tak waras! Apakan tidaknya! Mula-mula buat gempar kata harga RON 95 akan ditarik balik subsidi dan tentunya harga petrol itu akan naik.

Tiba-tiba Ismail Sabri umumkan tak jadi naik. Kerajaan akan tanggung subsidi RON95 demi kebaikan rakyat jelata.

Seronok juga dengar itu! Ismail Sabri ni memang pandai berlawak. Maklumlah dia ni orang Bera. Banyak bergaul dengan Orang Asli....! Lawak tu dah adat resam hidup dia.

Tapi yang sedap dengar....hari Isnin ini tarif letrik akan dinaikkan pula. Maka kita tunggulah pula menterinya buat lawak.

Kalau bukan menteri....mungkin jurutera TNB akan buat lawak....atau mungkin pekerja tukang tarik cable yang akan buat lawak.

Tunggu....jangan tak tunggu!

Tuesday, May 24, 2011

Kita Selaras Lagi...!!

Sudah 10 bulan blog Selaras ini tidak aktif. Kalau perempuan bunting kerbau sekalipun, sudah pasti anak dilahirkan. Tak kiralah anak jantan ke...atau anak betina ke...yang pasti anak itu dah keluar melihat dunia.

Direngkaskan cerita....maka blog Selaras ini dihidupkan kembali demi menyahut seruan Najib dan kuncu2 menterinya yang mulakan balik selaras subsidi rakyat.

Buat permulaan ini aku look see look see dulu setiap perkembangan yang dicanangkan mereka.

Nanti apa yang mereka selaras, aku akan turut selaraskan kat sini.

Tuesday, July 20, 2010

Selaras Lima Dalam Satu

Kami dah biasa minum kopi three in one atau tea two in one. Tapi bila kerajaan selaraskan harga barang lima dalam satu, orang mula melenting.

Tak tahu pula sama ada ia pedas atau panas!!

Tapi yang nyata apabila harga petrol, diesel, gas NGV, gas LPG dan gula naikkan secara serentak, orang ramai tak senang. Bahkan ada yang marah-marah dan maki hamun. Tak tau la mereka pada sape atau maki pada sape. Tapi semuanya marahhhh...!!!

Apa tidaknya! Tak sampai sebulan lagi umat Islam mula berpuasa. Lepas itu sambut hari raya aidil-fitri. Banyak benda yang nak kena beli. Banyak duit yang diperlukan.

Apabila kelima-lima itu dinaikkan sekali gus, otomatik harga barang-barang akan naik. Alasan penjual harga minyak naik, harga gas naik. Barang makan juga akan naik kerana harga gula turut naik.

Tapi alasan kerjaan, mereka tidak naikkan harga. Mereka cuma selaraskan....

Monday, July 19, 2010

Selaras

Hari ini kita belajar satu perkataan baru iaitu 'selaras'.

Apa makna selaras?

Selaras itu maknanya dipertingkatkan. Ya, dipertingkatkan daripada yang kurang baik kepada sesuatu yang baik.

Dipertingkatkan bukankah naik?

Kalau awak naik bas, mana boleh dikatakan awak pertingkatkan atau selaraskan bas?

Bengunglah aku!! Selaras...dipertingkatkan....!!!

Naiklah tu....maknanya!!